...SELAMAT DATANG...

Selamat datang ke Kedai Tapai Muda..Sekali cuba pasti nak lagi.SEDAP,ENAK dan MANIS.Semoga hari anda ceria dan bahagia selalu..Jadikan Tapai Muda sebagai pemanis mulut bagi setiap hidangan anda.Sesuai dimakan setiap masa.Pagi petang dan malam.



Friday, 13 April 2012

Alhamdulillah

Syukur kepada yang Maha Esa dengan rezeki yang diberikan.Alhamdulillah semakin hari semakin banyak tempahan yang kami terima.Ada juga yang memberi komen-komen positif dengan produk yang kami hasilkan.Terima Kasih diatas sokongan keluarga dan kawan-kawan.Nampak gayanya terpaksalah saya melupakan seketika hajat untuk kembali bekerja.Ada yang ketawa bila tahu saya menghasilkan produk ini dan ada juga yang terkejut..Erm..terkejut ker???Alhamdulillah dengan limpah rezeki yang diberikan oleh-NYA.saya tak kisah apa orang nak kata yang penting saya happy.
Kadang-kadang rasa kelakar juga bila melihat reaksi makcik-makcik yang terkejut bila dapat tahu yang saya tahu buat tapai.Macam-macam riaksi yang diberikan.hihihi.

"buat tapai?pandai ke buat tapai?biasanya orang-orang tua je yang buat tapai."
"buat tapai?mesti leceh kan nak buat tapai,banyak pantang larangnya.nak buat mesti kena tenang,tak boleh bising,mulut jahat,bendera merah,muka mesti manis,xboleh gaduh dengan laki,n bla..bla..bla..bla..."
"buat tapai?manis ker tapai engkau?jadi ke?sedap ke?..erm..dan macam-macam ke..ker..kerrrr lagi.
(Aaaahahhh...nak tahu kena la cuba dulu baru boleh bagi komen)
kalau sedap boleh tempah, kalau tak sedap tolong berikan komen dan tunjuk ajar.boleh la saya perbaiki kelemahan saya.lagipun saya budak baru belajar masih banyak kelemahan dan kekurangan.
ramai yang tanya kenapa mesti nama tapai muda?
Erm...sebab saya masih muda la tapai saya nama TAPAI MUDA..kikiki..yang lain tu mungkin kot.tapi bila buat tapai tak payah pikir sangat benda tu semua.janji niat dihati nak mencari rezeki yang halal untuk anak-anak.

Bermula minggu ini dan minggu depan memang banyak sangat tempahan untuk kenduri.Terima kasih kepada yang memberi kepercayaan kepada saya.Harap-harap lain kali boleh tempah lagi..

Saya bukan seorang manusia yang sempurna jadi sekiranya ada kekurangan silalah beritahu kepada saya.Yang baik datangnya dari ALLAH dan segala kekurangan adalah dari saya sendiri.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa hanya ada tapai pulut?kenapa tak ada tapai ubi..Tapai Ubi coming soon...
saya akan menuntut ilmu dalam masa terdekat.setakat ini belum berkesempatan lagi untuk menabah produk saya.Mungkin saya akan menambah lagi produk saya yang berkaitan dengan tapai tidak lama lagi..jadi....tungguuuuu....